Ada banyak kata-kata hikmat yang memberikan sumber inspirasi pada saya sebagai seorang usahawan.
Saya yakin 10 kata-kata hikmat ini juga dapat memberikan sumber inspirasi pada anda yang menjadikan keusahawanan sebagai gaya hidup. Jadi, saya kongsikan kat sini khas untuk diri saya sendiri, dan untuk anda juga yang sedang membaca artikel ini. Kata-kata hikmat #1” You are the average of the 5 people you hang around with “ Kata-kata hikmat ini rasanya ramai yang dah pernah dengar. Kalau anda belum pernah dengar ayat ini, sekarang anda dah tahu tentangnya dan boleh cuba amalkannya. Fikirkan 5 atau 6 orang kawan atau kenalan yang anda sering bersama. Siapa mereka ?, di mana kedudukan mereka ? bagaimana sikap mereka ? Cuba fikirkan masak-masak dan buat analisa secara jujur. Apakah mereka lebih berjaya daripada anda dan dapat membantu anda belajar perkara-perkara baru yang mendatangkan manfaat terhadap matlamat anda. Jika 5 atau 6 orang yang sering anda berjumpa dan bersama tak masuk dalam kategori tersebut, ertinya sudah tiba masanya untuk anda tukar dengan kumpulan lain secara perlahan-lahan. Berusahalah untuk mencari mereka samada secara offline mahupun secara online. Bina hubungan dan kerap bersama mereka. Lebih kerap anda bertemu, berhubungan dan bertukar fikiran dengan orang-orang yang berjaya, maka lebih hampir dan mudah untuk anda turut sama menempah kejayaan. Kata-kata hikmat #2” The new sources of power is not money in a the hands of a few, but information in the hands of many “ Kehebatan dan kekuasaan bukan lagi ada pada orang yang punya banyak duit dalam simpanan mereka. Sebaliknya, kekuasaan berterabur dalam bentuk maklumat yang diketahui oleh ramai orang. Ringkasannya adalah bahawa dalam dunia teknologi maklumat sekarang ini, wang saja bukan lagi menjadi faktor kepada kekuasaan. Kekuasaan dan kehebatan ada pada maklumat. Bagaimana kita mendapatkan dan meliat maklumat. Dan maklumat pula terlalu banyak dipegang dan disimpan oleh berbagai orang di seluruh dunia sekarang ini. Maklumat juga dapat dikongsikan sekelip mata dan mampu disebarkan di seluruh pelusuk dunia. Kata-kata ini adalah petikan daripada John Naisbitt, seorang penulis dan penceramah dalam sains masa depan yang hebat dilahirkan pada tahun 1929. Bukunya yang amat terkenal bertajuk Megatrend diterbitkan pada tahun 1982 amat terkenal di seluruh dunia. Kata-kata tersebut boleh membawa erti, orang yang berupaya mengumpul maklumat sebanyak mungkin dari sumber-sumber yang sahih dan boleh dipercayai mampu menjadi hebat dan berkuasa. Asalkan dia sanggup membuat analisa yang baik terhadap segala maklumat yang didapatinya. Untuk mengamalkan kata-kata hikmat ini, anda perlu sentiasa membina jaringan sekerap mungkin. Kumpulkan sebanyak mungkin maklumat yang berkenaan dengan industri yang sedang anda ceburi. Jalin perhubungan dengan mereka yang punya pengaruh, juga dengan rakan-rakan dalam industri yang sama, juga dengan rakan-rakan usahawan dalam industri yang berbeza. Aktif juga bersama dengan masyarakat setempat dan tidak lupa juga sentiasa berhubungan dengan kawan-kawan samada lama atau baru. Dan jangan lupa maklumat daripada teknologi internet yang terlalu banyak sekarang ini. Anda hanya perlu bertanya pada google untuk mendapatkan jutaan maklumat yang berguna. Sediakan diri untuk mampu belajar maklumat, teknologi dan perkara baru dengan cekap dan pantas. Kata-kata hikmat #3” If you’re not embarrassed by you first product, you’he launched too late “ Ayat ini memang ada banyak kebenarannya terutamanya jika anda mahu menjadi seorang usahawan. Ramai orang yang terlalu idealistik. Mereka mahu produk yang terlalu sempurna sebelum memulakan perniagaan. Untuk sempurnakan sesuatu produk, memang perlukan masa, duit dan kerahan tenaga yang banyak dan tidak ada orang yang mampu sediakan kesemua tersebut. Oleh itu terima hakikat bahawa segalanya bermula dari bawah. Sedikit demi sedikit naik ke atas menempuh satu perjalanan yang amat panjang. Jadilah seorang yang realistik. Asalkan sesuatu produk itu boleh diterima dalam keadaan minimum yang termampu, lancarkannya segera dan tak perlu tunggu sehingga anda boleh merasa bangga dengan produk yang anda keluarkan. Kata-kata hikmat #4” Ready, Fire, Aim “ Kata-kata hikmat ini memang menjadi salah satu kegemaran dan amalan saya ketika mahu memulakan perniagaan. Ianya lebih kurang sama dengan ayat di atas tadi. Jangan pula terus tembak tak tentu hala dan membuang tenaga. Sebab itu perkataan ‘ready’ di atas tu penting. Ertinya bersedia terlebih dahulu menghadapi sasaran dan kemudiannya jangan fikir banyak untuk membidik. Terus tembak, dan mula membidik hasil dari tembakan pertama tadi untuk menemui sasaran. Kata-kata hikmat #5” You become what you think about “ Ramai orang pernah dengar ayat ini dan ramai juga orang yang dikatakan menyebutkan ayat yang sama. Walau siapapun sebenarnya yang menyebut ayat ini, ianya memang tepat sekali. Oleh itu pilihlah, dan impikan serta bayangkan apa yang anda ingin jadi. Bergerak dan berusaha ke arah itu sehingga anda semakin dekat menghampirinya. Semakin jelas bayangan yang anda nampak dalam fikiran anda, semakin hampir anda merealisasikannya. Justeru itu, amat penting dengan siapa anda bergaul, buku apa yang anda baca, maklumat apa yang anda tapis masuk ke dalam minda. Ia membantu anda membetulkan fikiran dan menyempurnakan bayangan yang anda lihat dalam kepala. Kata-kata hikmat #6 “The best time to plant a tree was 20 years ago. The second best time is now.” Kata-kata di atas adalah peribahasa China yang amat menarik untuk kita faham dan amalkannya segera. Jika anda nak jadi seorang usahawan, saya boleh ulang kata-kata yang sama seperti berikut: ” The best time to start a business is 7 years ago. The second best time in NOW ! “ 7 tahun adalah masa yang diperlukan untuk menstabilkan sesebuah perniagaan secara umumnya.Sebab itu saya katakan 7 tahun untuk berniaga. Bagi anda yang nak jadi usahawan, jangan berlengah lagi dengan berbagai alasan. Sama macam ayat no. 3 dan no. 4 di atas tadi. Kata-kata hikmat #7“When everything seems to be going against you, remember that the airplane takes off against the wind, not with it.” Kata-kata di atas disebut oleh Henry Ford. Kalau asyik cari alasan demi alasan untuk menyahkan rasa bersalah dan kegagalan anda, tak akan ke mana. Memang semua kejayaan dihalang oleh berbagai rintangan. Dan rintangan itulah yang perlu digunakan untuk menaikkan diri anda. Hadapilah segala rintangan, cari jalan dan selesaikannya satu persatu, sehinggalah anda dapat melonjakkan diri naik ke atas. Kata-kata hikmat #8“If you’re not a risk taker, you should get the hell out of business.” Memag agak keras kata-kata dari Ray Kroc, pengasas McDonald’s di atas tu. Tapi itulah hakikatnya. Kalau tunggu segalanya sempurna tiada risiko, anda memang hanya sesuai untuk terus hidup dengan jadi pemakan gaji yang tegar. Namun itulah yang sering dijadikan alasan oleh semua orang yang selesa makan gaji dari terjun menjadi seorang usahawan. Takut tak makan lah, takut susah, takut gagal, takut itu dan takut ini…. Kata-kata hikmat #9“It does not matter how slowly you go as long as you do not stop.” Kata-kata dari Confusius ini juga amat bermakna. Kehidupan dan juga kejayaan bukanlah satu perlumbaan antara anda denan orang lain. Ia lebih kepada perubahan terhadap diri anda sendiri. Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Ukur perubahan terhadap diri sendiri. Tak kisah samada cepat atau lambat. Jangan nak kejar rakan anda yang dah ada kereta besar, syarikat berjaya, wang jutaan ringgit dan sebagainya. Anda bukan berlumba dengan dia. Berusaha dan terus berusaha, yang penting anda tidak berhenti daripada berusaha sehingga jaya. Kata-kata hikmat #10“Do not be embarrassed by your failures, learn from them and start again.” Kata-kata ini saya petik daripada Richard Branson, pengasas Virgin Group. Saya tahu ramai yang dah kecundang dalam perniagaan dan terpaksa cari jalan lain untuk terus hidup menyara kehidupan. Tak perlu malu dengan kegagalan yang telah anda lalui. Yang penting belajar kesilapan dan kegagalan tersebut dan buat sekali lagi dengan cara berbeza. Kata-kata hikmat BonusSaya akhiri dengan Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 268 berikut: ” Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. “ Ayat di atas mesti kita pegang degngan erat. Percayalah akan limpah kurnia Allah yang maha luas. Allah akan pasti memberikan anda kurniaan yang banyak dan melimpah ruah. Tak perlu takut dengan bisikan syaitan yang menakut-nakutkan anda dengan kesusahan dan kemiskinan atau kegagalan. Buat pelaburan, samada wang atau masa serta tenaga untuk membina kejayaan yang lebih tinggi. Tak perlu takut rugi, tak perlu risau mati kebuluran. Asalkan ianya menuju kepada kebaikan, yakinlah benar-benar pada limpah kurniaan Allah. Berusahalah dan bersabar dengan penuh istiqamah. Kata-kata hikmat super bonusSaya tambah satu lagi Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 177 untuk renungan kita bersama seperti berikut: ” Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil, mereka itulah orang-orang yang benar dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. “ [Quran 2:177] Ayat-ayat di atas untuk kita ambil iktibar apakah maksud sebenar perkara kebaikan yang perlu kita amalkan. Dalam menjalankan perniagaan, tidak boleh tidak kita pasti menghadapi berbagai masalah terutamanya kesempitan duit untuk menjayakan perniagaan kita. Ketika itu, usahawan perlu bersabar dan tetap berusaha menyelesaikan segalanya dengan memilih jalan yang halal dan lurus. Kesabaran itu juga merupakan satu kebaikan dan hasilnya akan pulang balik pada usahawan apabila apa yang diusahakannya berjaya.
0 Comments
Assalamualaikum topic hari ini Fieza ingin menerangkan 4 jenis pendekatan dalam bidang pecetakkan untuk ditawarkan kepada pelanggan . 4 pendekatan yang berbeza untuk mencetak nombor , bermula dengan yang paling kos efektif dan akan friendly pengeluaran yang paling, jadi anda boleh mendapatkan hasil yang anda perlukan. Penyelesaian 1: Stencils Nombor Stensil diperbuat daripada kertas die-cut, diletakkan secara langsung di pakaian. Satu skrin dibakar dengan ruang persegi ditinggalkan dalam pertengahan membenarkan stensil untuk mewujudkan nombor yang terdapat pada pakaian. faedah: ekonomi Mudah untuk bertukar keluar kelemahan: konsisten terhad dan kelajuan pengeluaran Tips: Menyelaraskan stensil anda dengan teliti untuk cetak tepat Penyelesaian 2: Pemindahan Haba(Heat Transfer) pemindahan haba (Heat Transfer) adalah satu proses yang mudah menggunakan haba untuk melekatkan nombor pra-cetak yang menggunakan pigment ink @ sublimation ink. Hanya meletakkan Nombor yg telah di cetak diatas kertas khas kemudian lakukan pemindahan pada kain @ baju mengikut suhu dan masa yang telah ditetapkan. Jika anda tidak mempunyai mesin heat press, anda pasti perlu mempertimbangkan untuk melabur dalam satu, kerana ia adalah sebuah peralatan. faedah: ekonomi Fast mudah kelemahan: Memerlukan mesin heat press walaupun ia adalah pelaburan yang baik Tips: Dengan berhati-hati mengupas pemindahan dari pakaian, kerna ia amat panas . Penyelesaian 3: Vinyl Plotter & Heat Press Anda juga boleh membuat pemindahan anda sendiri, menggunakan bahan pemindahan haba dan plotter vinyl nombor sendiri / stensil anda dan menghapuskan mereka keluar. Sepanjang proses itu selesai dengan cara yang sama seperti pendekatan 2. faedah: Sesuai untuk pasukan sukan Sesuai untuk masa yang urgent a singkat Lembut, rasa fleksibel dengan vinyl kelemahan: Lebih sedikit memakan masa, tetapi sesuai untuk kombinasi nombor dan nama mudah tertanggal sekiranya dalah penjagaannya Tips: Dengan berhati-hati mengupas pemindahan dari pakaian,kerana panas Pendekatan 4: Screen Printing Sistem Nombor cetakkan silk screen amat baik dalam proses pemilihan mencetak kerana cetakkan silkscreen amat bagus dan amat mudah walaupon ia memerlukan perbikinan blok dalam proses mencetak ... faedah: Kualiti terbaik Yang paling kos efektif per cetak masa pengeluaran yang lebih cepat kelemahan: Memerlukan pelaburan yang besar tetapi sekali saja itulah saja yang dapat fieza kongsikan jenis jenis pecetakkan yang yang mana pelanggan perlu tahu sebelum membeli @ mencari pencetak untuk mencetak baju anda atau sebelum anda menceburi dalam bidang percetakan lufazs creative 0174704769@0122249258 Di era digital seperti sekarang silkscreen secara manual semakin terpinggir oleh cara cetak digital, namun silkscreen manual tidak akan mati di telan zaman kerana mempunyai kelebihan daripada cetakan digital. Salah satunya adalah baju hasil cetakan silkscreen, walau tidak sebagus hasil cetakan digital namun ketahanan warna, ketahanan waktu di cuci dan kena sinar matahari warnanya tidak cepat pudar. Kali ini kita menceritakan mengenai cara mencetak foto dibaju diperlukan teknik pemisahan yang betul perlu digunakan dalam pemprosessan membuat film. Teknik pemisahan ini adalah teknik penggabungan warna-warna proses (Prosess Color), yaitu Cyan (C), Magenta (M), Yellow (Y), dan Black (K) satau disebut warna CMYK, dari perpaduan (kombinasi/percampuran) keempat warna tersebutlah dapat dihasilkan berbagai macam warna yang menyusun suatu gambar yang lengkap (full color). Jadi untuk satu gambar dibagi menjadi 4 buah film blok cetakkan yaitu warna CMYK, adapun teknik memisah warna pada gambar menggunakan Photoshop, langkah-langkahnya sebagai berikut : Langkah 1 Buka file yang ingin dicetak di Photoshop Langkah 2 Ubah sistem warna file ke CMYK. Klik menu Image > Mode > CMYK Color Langkah 3 Perhatikan tab Layers sebelah kanan klik tab Channels, mode-nya sudah berubah menjadi CMYK. Pisahkan channel, klik tanda panah kecil di sebelah kanan atas tab Channels tersebut lalu pilih Split channels. Langkah 4 Maka sekarang file anda akan terpisah masing-masing channel-nya yaitu Cyan, Magenta, Yellow dan Black. Langkah 5 Buat gambar atau titik-titik dari tiap channel yang telah dipisahkan. Contoh channel yang pertama atau Cyan. Klik Menu Image > Mode > Bitmap Langkah 6 Akan muncul box setting untuk parameter Bitmap. Pada kotak Output Resolution isi 300 dan pada Method Use pilih Halftone Screen dan klik OK Langkah 7 Lalu akan muncul box parameter Halftone Screen Isi Frequency = 70, Angle = 100 dan Shape = Ellipse Untuk Angle tiap-tiap channel berbeza-beza iaitu : C=100, M=15, Y=0, K=45. Hasilnya akan seperti ini. Sekarang dilihat file foto channel Cyan sudah terbentuk dot rasternya (titik-titik). Lakukan langkah 5-7 pada semua channel dan perhatikan nilai Angle tiap warna channel. Sekarang tinggal print diatas tracing paper @ transparent paper dan film siap untuk di buat ke blok, Berikut contoh hasil menggunakan Gambaruntuk cetak di baju manual : Selamat mencuba, semoga bermanfaat dan terima kasih atas kunjungannya Anda yang baru menceburkan diri di dalam bidang percetakan t-shirt ini, atau mungkin anda ingin membina meja cetakan sendiri bagi mengurangkan kos, atau pembekal yang berjauhan dari tempat anda, Fieza sertakan panduan lakaran dan ukuran yang sesuai bagi menghasilkan meja cetak yang mudah dan ringkas. Mengikut dari segi kosnya, memang agak murah, walaubagaimanapun masa dan tenaga yang diperuntukkan bagi pembinaan meja cetak ini, mungkin agak leceh memenatkan. Anda juga memerlukan “Welding set” dan juga “Mesin Pemotong Besi” dan bukan semua rumah mempunyai peralatan sebegini. Anda mungkin boleh hantarkan lakaran dan ukuran yang Fieza sediakan kepada tukang besi berdekatan anda. (TIPS :berkawanlah dengan tukang besi atau jadikan pembuatan besi sebagai hobi sampingan anda) Apa yang PENTING, dan perlu anda titik beratkan dalam menghasilkan meja cetakan ini adalah :
Tapi, bagi pembinaan meja yang akan Fieza tunjukkan kali ini, saya akan tumpukan pada penggunaan besi dan mempunyai 3 pallate. BAHAN- BAHAN YG DIPERLU DISEDIAKAN :
Fieza akan tunjukkan ukuran bagi 2 jenis meja cetak, mengikut keperluan anda. Satu jenis di mana pallate mudah untuk dikeluarkan dan ditukar mengikut size, dan satu lagi yang dilekatkan terus kepada pemegang pallate. Bagi yang mudah dikeluarkan (detachable), anda boleh sediakan ukuran pallate yang berlainan bagi cetakan yang lebih besar atau lebih kecil. Anda boleh juga mengikut ukuran yang anda inginkan, bergantung kepada keperluan anda. Perlu diingatkan, meja yang akan anda hasilkan adalah untuk anda, anda yang mencetak dan anda yang menentukan apa yang anda mahu * Ukuran yang saya tunjukkan juga, boleh diubah mengikut keperluan dan kebijaksanaan anda A. Sediakan ukuran bagi papan pallate mengikut Rajah 1. B. Terdapat 2 jenis meja di sini (Rajah 2). Meja A di mana kita boleh tukarkan pallatenya bila-bila masa, dan Meja B yang dilekatkan terus kepada pemegangnya (palalte mati). Perhatikan jarak diantara setiap pallate pada Meja A. Fieza lebihkan jaraknya agar memudahkan anda menukarkannya kepada ukuran pallate yang lebih besar supaya tidak terlalu rapat, atau bersentuhan.Kelemahannya di sini dari segi pembaziran ruang, jika anda menukarkannya pada set pallate yang lebih kecil. Bagi ukuran Meja A ini, size lebar (width) maksimum bagi ukuran pallate anda adalah 18 inci Bagi ukuran pallate Meja B, jarak yang diberikan adalah yang sebaik-baiknya. Walaubagaimanapun, anda masih boleh mengurangkannya sehingga 2 inci jaraknya. Cuba perhatikan kotak kecil memanjang bewarna kuning(“Rest Pad”) yang berada pada kedudukan di bawah pallate tersebut. Saya buatkan sebagai satu ciri tambahan, atau “Add on” pada meja ini. Fieza akan ceritakan kemudian. Fieza tak pasti samada ia terdapat pada meja yang dibuat oleh pembekal tempatan atau tidak. Anda juga tidak perlu risau mengenai lakaran bewarna biru pada Rajah 2 ini. Fieza akan ceritakannya pada bahagian C. Fieza akan mulakan dengan penghasilan bagi Meja A (detachable pallate). Lakaran sebelah kiri adalah bagi Meja A, dan kanan bagi Meja B Kita mulakan dengan bulatan 1 (merah) lakaran sebelah kiri. Anda perlu pastikan ketepatan 2 sudut tersebut adalah tepat pada skala 90°. Ia penting apabila anda mula mencetak nanti. Ia menentukan kedudukan Block skrin anda pada pallate benar-benar terletak sekata. Sudut pada bahagian bawah pula menentukan kedudukan keseluruhan meja. Ada sesetangah meja yang dibuat berada pada kedudukan mendongak sedikit melebihi skala 90°. Ia juga agak praktikal bagi memudahkan sapuan squeegee, dan juga block berada pada kedudukan yang tetap pada “stopper bar” (pada pendapat saya) Kita pergi kepada bulatan 2 (biru). Saya letakkan palang ini bagi menjamin kekuatan pemegang Pallate, agar tidak melendut atau bergerak ke bawah semasa anda mencetak. Pada sesetengah keadaan, anda mungkin perlu atau secara tidak sengaja menekan agak kuat semasa menarik squeegee, dan ini secara tidak sedar, cetakan anda akan menjadi cacat atau pengeluarannya lari dari tetapan. Palang ini hendaklah anda lekatkan atau “weld” pada lakaran palang yang bewarna biru pada Rajah 2. Bahagian yang saya bulatkan dengan bulatan merah, pada lakaran sebelah kiri dan menunjukkan anak panah pada Rajah 3 (Pandangan sisi atas), adalah pemegang papan pallate selepas pallate ditanggalkan. Letakkan 2 palang melintang sebagai pemegang kepada “pemegang” papan pallate. Pastikan ukuran setiap sudut tepat dan rata jika diletakkan. 4 Bolt dan nut tersebut adalah bertujuan bagi mengikat palatte.Tanya pendapat tukang besi anda mengenai size bolt n nut, atau disini, saya cadangkan 12 atau 13 (rujuk pada senarai bahan). Anda boleh lihat lakaran letak “bracket” yang akan akan disambung pada pemegang pallate pada bulatan 4 (kuning). Anak panah merah pada atas pallate tersebut, menunjukkan bracket pallate tersebut dari sisi tepi..anda boleh anggarkan ukurannya sepanjang 1 kaki atau 8 inci. Sekarang kita pergi kepada penghasilan Meja B (pallate mati) lakaran sebelah kanan pula. Anda lihat pada bulatan 3(hijau). Besi sudut digunakan bagi mengikat pallate. Lihat pada anak panah yang menunjukkan pandangan dari sisi atas. Gunakan skru kecil yang sesuai dengan ukuran lubang. Pastikan skru tidak melebihi 15 mm panjang, atau tidak melebihi ketebalan pallate (jika anda menggunakan palatte/plywood nipis) Okeh. Fieza akan jelaskan mengenai “Add On”, bulatan 5 (ungu). Ia digunakan sebagai “rest pad” kepada block skrin anda. Tujuannya adalah bagi memberikan lebih kestabilan pada block skrin ketika anda mula mencetak. Ia juga mengurangkan beban tekanan pada “guide bracket” pada block skrin. Anda boleh bayangkan jika papan yang diletakkan dengan kedudukan yang keseluruhan permukaan di atas meja, dengan yang tidak jika anda tekankan papan tersebut. D. Seterusnya,Fieza cadangkan anda bancuh kopi atau order saja dari kedai berdekatan. Mainkan lagu kesukaan anda, atau bagi mereka yang masih ingat atau belum lupa bagaimana untuk bersolat,dan…. belum lagi bersolat pada waktunya, bolehlah tunaikan kewajipan anda.. E. Okeh..Kita pergi kepada Rajah 5. Merujuk kepada bulatan 6 (perang), anda boleh memilih samada untuk melekatkan pengedap tekanan atau tidak. Ia bergantung kepada keperluan cetakan anda. Jika anda ingin membuat cetakan “rubber dye” atau “water base”, pengedap amat membantu. Memandangkan penggunaan “mesh” bagi rubber dye/water base yang memerlukan bukaan skrin (1200/1350) yang besar berbanding plastisol, pengeluaran warna semasa cetakan adalah banyak. “On contact” atau kedudukan block dan pallate yang rapat, amat penting bagi menghasilkan cetakan yang kemas, dan permukaan yang lembut atau sedikit serapan akan memberikan kesan yang optimum pada cetakan. Walaubagaimanapun, tanpa pengedap juga bukanlah menjadi satu masalah sekiranya pallate anda benar2 rata. Pilihan bagi jenis material yang sesuai dijadikan pengedap adalah seperti kain PVC kanvas yang kebiasaannya bewarna hijau militari. Anda juga boleh menggunakan “floor matt” yang tebal yang biasa digunakan sebagai ganti kepada “tiles” lantai atau apa yang biasa orang panggil “mosaic”..atau mozek. Tapi berhati-hati jangan sampai mengganggu ukuran pada papan pallate dan “central guide”. Pastikan sapuan gam pada permukaan pallate bagi melekatkan pengedap adalah rata bagi mengelakkan permukaan mengelembung. Dan jika anda ingin meletakkan rest bar pada meja cetakan anda, lekatkan sekali pengedap yang serupa. Fieza syorkan anda menggunakan besi “bar” berukuran 0.5 x 0.5 inci bagi central guide berbanding penggunaan rod. Ia lebih stabil berbanding penggunaan “rod”. Tapi masih bukan menjadi satu masalah jika anda ingin menggunakan rod. F. Sekarang kita pergi pada bahagian akhir. Rajah 5 Anda dapat lihat bagaimana kedudukan antara block dan pallate, dan pentingnya ketepatan sudut pada pemegang pallate dan juga tapak. Penggunaan “guide bracket” yang selaras amatlah digalakkan berbanding penggunaan paku. Anda boleh gunakan bar yang sama sepertimana anda gunakan untuk central guide, dan ini membuatkan tetapan block pada meja cetakan lebih stabil. Rest bar juga agak membantu. Anda boleh gunakan paku sebagai stopper atau skru. Ia lebih mudah dan senang disediakan. Tapi jika anda lebih inisiatif, anda boleh hasilkan stopper anda sepertimana anda hasilkan guide bracket.
Tiada apa yang boleh Fieza ceritakan mengenai squeegee pada rajah di atas. Ia sekadar nampak cantik jika diletakkan bersama block. Assalamualaikum dan Terima kasih “Exposure box” adalah satu peralatan yang agak penting dalam proses percetakan t-shirt, dan ianya antara peralatan yang paling mudah untuk dihasilkan sendiri. Sekurang-kurangnya cukup bagi anda menghasilkan block anda sendiri. Malah anda hampir perlu menggunakan hanya lampu dan cermin sahaja untuk menghasilkan exposure box anda sendiri. Walaubagaimanapun, FIEZA akan tunjukkan cara pembuatan yang agak Simple. Mungkin tidaklah sesempurna atau secantik exposure box yang dijual, tapi ia tetap nampak cantik dan yang paling penting, cukup untuk kegunaan anda. Apa yang penting adalah cahaya dan cermin bagi memastikan film output anda betul-betul rapat pada skrin block anda. Saya akan tunjukkan 3 jenis ukuran dan penggunaan mentol lampu yang berbeza sekadar untuk pengetahuan anda. Walaubagaimanapun Fieza akan tumpukan pada satu jenis pembuatan sahaja pada salah satu bahagian di bawah ini nanti. PERALATAN YANG DIPERLUKAN
Rajah 1
Rajah 2
Memulakan Perniagaan cetakan baju anda sendiri tidak susah sekiranya anda mendapat panduan yang betul. Sebaiknya cari mentor/guru yang sememangnya bertapak di dalam industri yang sama sekurang-kurangnya 3-5 tahun. Lebih-lebih lagi jika perniagaan tersebut sangat remeh dan setiap satu kesilapan mempunyai bayarannya yang tersendiri. Mentor/guru anda lah yang akan meminimakan kesilapan dengan mengajar apa yang teknik yang betul & mempercepatkan proses pembelajaran anda daripada anda terus cuba & berjaya pada setiap masa. Pembelajaran ini dimulakan dengan perkara paling asas iaitu cara membuat blok (seperti yang diceritakan oleh sifu fieza cikgu Azmi dari Azmitshirt) cetakan baju. D sini Fieza akan memberi teknik -teknik-nya ....Langkah 6 Kini tiba masanya untuk menyapu Photo-Emulsion (bahan ini boleh dibeli di kedai-kedai menjual barangan silkscreen). Sapukan senipis yang boleh pada bahagian depan dan belakang. Gunakan Emulsion Coater. Jika tiada, gunakan pembaris plastik pun sudah memadai. Asalkan rata. Sila lakukan proses ini di dalam bilik yang gelap. Atau di tempat yang tidak dimasuki/ditembusi cahaya matahari. Ini kerana bahan ini sangat sensitif dengan cahaya matahari (Sinar UV). Langkah 7 Sementara menunggu blok anda kering, sediakan filem (design anda) seperti foto di bawah. Dalam foto ini, fieza hanya menggunakan tracing paper sahaja. Jika anda ingin gunakan kertas A4 boleh juga, tapi pastikan anda menyapu minyak masak terlebih dahulu. Jika tidak, cahaya tidak dapat menembusinya (lebih kurang tracing paper jugalah akhirnya) Tip. Pastikan juga design tersebut berwarna hitam gelap. Langkah 8 Setelah selesai, simpan blok anda di tempat yang gelap dan biarkan sehingga kering. Biasanya fieza biarkan selama sehari. Tunggu sehingga blok betul-betul kering. Tip. Sekiranya anda malas nak tunggu seharian, boleh gunakan kipas atau hair-dryer. Walauapapun, matlamatnya adalah untuk memastikan ia betul-betul kering. Langkah 10 Merupakan proses untuk memasak blok. Anda tidak salah dengar. Namun, bukan seperti memasak nasi goreng. Letakkan blok dan filem tadi di atas exposure unit (lampu kalimantang 4 biji) dan lapikkan bahagian atas dengan mounting board. Letakkan pemberat supaya blok tadi rapat dengan cermin. Masak selama 3-5 minit (mengikut jenis emulsion yang digunakan). Nota. Lain Emulsion yang digunakan, lain jangka masa memasak. Anda perlu cuba dahulu dan dapatkan maklumat daripada kedai-kedai yang anda beli tadi. Langkah 14 Siap! tersedia untuk di cetak atas baju anda @ baju pelanggan anda
|
FIEZA LUFAZS0174704769 Archives
July 2017
Categories |